Bagaimana
Nak Turunkan Berat Badan dengan Cepat, Selamat dan Berkesan?
Bagi mereka yang
berisi dan mempunyai berat badan yang berlebihan, memiliki berat badan yang
ideal atau bentuk badan yang menarik, ramping dan slim adalah sesuatu yang amat
diinginkan.
Semua maklum,
sekiranya kita mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti, ianya akan
mengundang pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti Kencing Manis, Darah Tinggi,
Jantung dan sebagainya.
Terdapat pelbagai
cara untuk menurunkan berat badan dan mencapai BMI yang ideal mengikut
ketinggian. Tetapi ramai yang tidak mengetahuinya dan melakukannya dengan cara
yang salah. Ironinya, ramai rakyat Malaysia mahukan sesuatu dengan cepat tetapi
malas utk berusaha dan bersusah payah.
Apa pun yang kita
buat, wajib mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mencukupi agar apa yang
dilaksanakan mendatangkan hasil yang dikehendaki.
Jadi bagaimana cara
hendak menurunkan berat badan (yang banyak) dengan cara pantas, selamat dan
berkesan? Berikut adalah cara-caranya:-
1. BELAJAR, DAPATKAN
INFO SECUKUPNYA
Ketahui info
berkaitan berat badan ideal (BMI) yang sepatutnya, belajar mengenai kalori,
diet, pemakanan, kolesterol, lemak dan sebagainya.
2. DIET YANG BETUL
2. DIET YANG BETUL
Diet yang betul
dan sesuai dengan kita amatlah penting. Menurunkan berat badan bukan bererti
menahan lapar. Makan secukupnya agar badan kita tidak lapar. Makan kerap tetapi
dengan potion yang sedikit kerana kalau lapar hormone didalam badan kita
selalunya tidak stabil.
Kurangkan pengambilan GULA termasuk juga SUSU PEKAT MANIS kerana inilah IBU segala masalah. Kalau boleh hanya sekali saja sehari minum minuman bergula. Termasuk juga makanan ringan/snek dan sewaktu dengannya. Boleh digantikan dengan kekacang.
3. JAGA PEMAKANAN
TERUTAMANYA NASI
Pengambilan nasi
haruslan dengan kadar yang betul. Nasi adalah makanan ruji kita. Nak taknak
kena makan nasik juga. Tapi kecilkan potion nasi. Segenggam penumbuk sudah
mencukupi untuk sekali makan untuk makan tengahari dan malam. Lebihkan lauk,
sayur-sayuran dan buah-buahan.
Mula-mula akan ada
masalah kerana badan kita memang mengambil masa untuk bertindak dan menyesuaikan
dengan keadaan ini. Tetapi apabila badan kita sudah boleh terima, masalah ini
akan hilang. Malah anda akan selesa dengannya.
4. MINUM AIR
KOSONG MENCUKUPI
Meminum air kosong
mencukupi AMATLAH PENTING. Kadar ukuran berapa banyak air kosong yang perlu
anda minum adalah seperti jadual dibawah. Atau sehingga air kencing anda
jernih. Senang cerita, minum bila terasa haus.
5. SENAMAN
KARDIOVASKULAR
Senaman kardio secara prinsipnya adalah meningkatkan kadar denyutan
jantung supaya lebih banyak darah dipam ke seluruh badan dan lebih
banyak oksigen dibekalkan kepada sel-sel badan dan akhirnya mampu
meningkatkan metabolisme badan. Ini
adalah untuk membantu proses pembakaran lemak dalam badan kita. Ini lah target
kita.
Untuk menurunkan
berat badan, kaedah yang paling sesuai adalah senanam kardio. Contoh
senaman kardio adalah berjogging, berenang, berbasikal, hiking, gym dan
sebagainya.
Jadi yang perlu kita tahu bagaimana senaman kardio yang BETUL supaya senaman kardio kita itu mampu menurunkan berat badan. Sila baca artikel berkaitan cara senaman kardio yang betul. Klik di sini.
Jadi yang perlu kita tahu bagaimana senaman kardio yang BETUL supaya senaman kardio kita itu mampu menurunkan berat badan. Sila baca artikel berkaitan cara senaman kardio yang betul. Klik di sini.
6. MENGAMBIL
SUPLIMEN
Sesetengah orang
berpendapat, untuk menurunkan berat badan tidak perlu mengambil suplimen. Ada
juga yang menganggap mereka boleh mencapai berat badan yang ideal dengan hanya
mengambil suplimen sahaja. Kedua-dua pendapat ini adalah tidak tepat.
Jika suplimen
(samada dalam bentuk pil, minuman, serbuk atau sebagainya) tidak penting,
mengapa syarikat-syarikat multi nasional dan terkemuka di seluruh dunia
mengeluarkannya? Malah mereka sanggup mengupah saintis-saintis yang hebat,
menyediakan makmal yang canggih dan mengeluarkan ratusan juta untuk penyelidikkan
dan pembangunan (R&D) jika ianya tidak penting dan membantu?
Pengambilan
suplimen penting dalam membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Harus diingat setiap manusia adalah berbeza. Saiz mereka berbeza, kadar
metabolisme berbeza, cara hidup dan cara makan pun berbeza.
Pengambilan
suplimen sebenarnya membantu mempertingkatkan metabolisme, mencairkan lemak
dengan cepat dan membuang toksin (detoks) dalam badan. Amatlah penting untuk
kita membuang terlebih dahulu toksin dalam badan agar proses penurunan berat
badan dapat dilakukan dengan sempurna. Baca artikel berkenaan bahaya toksin dan
kepentingan detoks. Klik disini.
Walau bagaimanapun
jika hanya bergantung kepada suplimen 100% untuk kurus tanpa diet, kawalan
pemakanan dan senaman kardio, impian anda mungkin hanya tinggal impian.
Terdapat pelbagai
jenis suplimen dipasaran. Pasti ada 1 yang sesuai dengan anda. Jangan berputus
asa untuk mencuba. Keberkesanan sesuatu suplimen itu berbeza antara individu ke
individu yang lain kerana faktor biologi yang berbeza. Pengguna haruslah bijak
memilih suplimen yang betul dan mendapat kelulusan dari KKM.
Qruzz Verra adalah salah satu suplimen yang
terdapat dipasaran. Ianya diformulasi menggunakan ekstrak bahan-bahan semulajadi
yang bermutu tinggi dan halal. Dikilangkan dikilang yang mempunyai sijil GMP.
100% buatan Malaysia hasil penyelidikkan yang rapi. Bukan produk OEM atau
repack. Dibuat dari 100% bahan semulajadi. Tanpa Pengawet, Tanpa Bahan
Sintetik, Tanpa Perwarna dan Perasa Tiruan dan Tanpa Gula Tambahan. Selamat dan
Halal.
Sudah ramai yang
menggunakannya. Ianya SELAMAT, MAMPU MILIK dan BERKESAN. Klik gambar untuk info lanjut berkaitan Qruzz Verra.

7. SABAR
Sabar adalah kunci
utama. Anda perlulah bersabar. Lemak yang terkumpul dalam badan anda bukanlah
terbentuk sehari dua, malah bertahun lamanya. Masakan boleh dihilangkan dengan
sehari atau seminggu dua. Semestinya akan mengambil masa bergantung kepada berat
badan anda dan berapa banyak lemak yang ingin anda buang.
Elakkan berdiet
dengan tidak mengambil kalori langsung sebabnya ianya tidak bagus untuk jangka
masa panjang.
8. DISIPLIN, USAHA
YANG BERTERUSAN
Anda haruslah konsisten atau istiqamah dalam mengejar bentuk dan berat badan yang dikendaki. Jangan mudah putus asa. Tidak ada jalan yang singkat untuk berjaya. Sabar dan konsisten melakukan semua langkah-langkah di atas adalah kunci utama. Ingat, badan sihat, otak cergas, penyakit pun hilang. Sikit-sikit lama-lama jadi KURUS dan SIHAT.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
untuk kurus atau menurunkan berat badan, terdapat pelbagai cara seperti diet
yang betul, penjagaan pemakanan seimbang, senaman kardio dan pengambilan
suplimen. Terpulang kepada untuk memilih mana-mana satu kaedah yang dirasakan
sesuai dengan masa dan keadaan anda.
Nasihat saya jika
anda betul-betul inginkan keputusan yang terbaik dan cepat, piihlah ke semua
kaedah di atas. Tidak rugi pun. Lakukannya (ke semua langah di atas) sehingga
mencapai BMI yang sepatutnya. Jika sudah Berjaya, anda hanya perlu maintain
sahaja.
Good luck, semoga
berjaya.
No comments:
Post a Comment