Detoks & Toksin

DETOKS & TOKSIN; KEPENTINGAN DAN KESANNYA KEPADA KITA




Apa Itu Detoks?
Detoks atau detoksifikasi ialah proses pengeluaran racun (toksin) atau zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.





Sumber : Mr. Google

Apa Itu Toksin?
Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia. Toksin boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.

Suatu penyelidikan dari Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia (toksin) adalah lingkungan 2kg hingga 4kg. Kajian klinikal, 90% daripada punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada kolon atau usus besar.


Sumber : Mr. Google

Punca Toksin 

  1. Sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya.
  2. Pemakanan ubat-ubatan kimia.
  3. Merokok.
  4. Pengambilan minuman keras.
  5. Pemakanan yang tidak seimbang.
  6. Minuman yang mempunyai klorin yang tinggi.
  7. Udara tercemar.

Tanda-tanda Badan Banyak Toksin

1) Sembelit
Anda perlu membuang air besar 2 kali sehari bagi memastikan bahan buangan pepejal dan cecair toksin tidak disimpan lama dalam badan kerana mengundang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, batu karang dan batu hempedu.

2) Kembung Perut
Usus yang tidak bersih dan penuh dengan toksin akan menyebabkan angin terperangkap di dalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.

3) Sakit Kepala
Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang berulang-ulang malah boleh menyerang anda setiap hari. Hal ini disebakan peredaran darah ke seluruh tubuh yang tidak mengalir dengan lancar.

4) Letih Dan Lesu
Toksin yang terkumpul dalam badan seumpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.

5) Mulut Berbau
Usus yang kotor dan tidak dibersihkan secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain di sekeliling.

6) Perut Buncit
Najis yang terkumpul lama di dalam usus akan mengeras dan menjadi tempat angin berkumpul. Ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi walaupun berat badan masin normal.

7) Kulit Kusam
Jika masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam anda berpanjangan cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang berkumpul dalam badan terlebih dahulu.

8) Kemaruk Makan
Badan yang bertoksin akan menyebabkan anda tidak boleh mengawal cara makan dengan baik malah menyebabkan badan sering rasa lapar dan ingin mengunyah makanan sepanjang hari.
  
9) Berat Badan Berlebihan
Jika anda dapati berat badan anda melebihi berat badan yang ideal seperti paras GEMUK atau OBESITI, jangan berlengah lagi untuk melakukan DETOKS dengan segera, Jika anda memandang remeh ianya bakal mengundang kepada masalah DIABETES, DARAH TINGGI, SAKIT JANTUNG dan lain-lain lagi. DETOKS segera dan amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat dan merancanglah untuk menurunkan berat badan dengan segera.


4 Cara Utama Mengeluarkan Toksin Secara Semulajadi
1.   Membuang Air Kecil
Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda  jelas atau hanya mempunyai sedikit warna kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak air.
2.   Membuang Air Besar
Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar degan mudah.
3.   Mengeluarkan Peluh
Kulit kita merupakan organ yang terbesar  dan memiliki berat sekitar enam paun. Kulit kita bertindak sebagai perlindungan di antara persekitaran luar dan dalam badan.Kulit juga penting untuk melindungi organ dan otot kita.  Ini bermakna, kulit kita merupakan antara salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan toksin dan kekotoran dalam badan. Bagaimana? Melalui peluh. Pakar  juga mencadangkan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu kita hendaklah mengeluarkan peluh seperti senaman dan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Pilihan lain bagi mereka yang tiada masa ialah, boleh mencuba sauna dan mandi wap.
4. Bernafas
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran seperti allergen. Bantu paru-paru anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.

Kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi
  • Makan makanan yang kaya dengan fiber.
  • Cuci dan jaga hati melalui minum teh hijau.
  •  Ambil Vitamin C.
  • Minum sekurang kurangnya 8 gelas air putih sehari.
  • Breathe deeply.
  • Hot shower 5 minit.
  • Sauna.
  • Exercise/Senaman.


Toksin mempengaruhi emosi
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Individu akan :
  • Individu yang kerap marah-marah.
  • Emosional.
  • Sering tidak tenang.
  • Tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut sekiranya  lymphatic system (sistem limfa) tidak berfungsi sepatutnya.


Kepentingan Membuang Toksin Dalam Badan

Kajian menunjukan kandungan toksin yang banyak dalam badan akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolestrol.  Ini adalah perkara yang serius apabila ingin mengurangkan berat badan dan kesihatan badan secara menyeluruh yang tidak diambil penting oleh ramai orang. Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu.
Dalam dunia moden yang penuh dengan toksin kini, adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya.
Peringatan : Ibu Mengandung atau Menyusukan bayi TIDAK DISARANKAN untuk Detoks.

Jika anda mengalami sekurang-kurangnya 5 petanda di atas sudah tiba masanya untuk anda merancang untuk PROGRAM DETOKS. Jika anda masih blur dan tidak pasti tentang CARA UNTUK DETOKS, anda boleh hubungi saya +6013-297 6828 untuk bantuan dan konsultasi.


Radzuan (Wan)
SMS | Telegram | Whatsapp: +6013-297 6828

Atau klik link whatsapp di bawah:-














No comments:

Post a Comment

HILANGKAN KEMBANG DENGAN DETOKS

DETOKS UTK HILANGKAN KEMBANG? MACAM MANA? Kuncinya Ada Pada Detoks @ Cuci Usus. Cucilah Sekarang! Buang Toksin Berlebihan Tuu.. ...